Oct 6, 2011

Bruce Lee : Kematian di usia muda

0 comments



Bruce Lee nama yang cukup sinonim dengan seni bela diri. Beliau merupakan pengasas seni bela Jeet Kune Do. Beliau juga salah seorang murid Sifu Yip Man iaitu pengasas seni bela diri Wing Chun. Mati pada usia muda, dan punca kematiannya sering menjadi teka teki kepada orang ramai.

Pelbagai spekulasi mengenai kematian ikon seni bela diri ini antaranya ialah,

- Bruce Lee dikatakan dibunuh oleh kumpulan Gengster dari China. Mereka tidak mahu beliau meneruskan karier di Holywood.

- Bruce Lee mati akibat terlebih dos dari dadah yang diberikan oleh teman wanita beliau.

- Dibunuh oleh " Master Black Taiost " yang telah diupah oleh kumpulan Mafia Hong Kong yang tidak suka Bruce Lee mengajar kung fu kepada orang bukan cina. Kononnya beliau telah terkena "Pukulan Maut" ( Touch of Death ).

- Terkena pukulan berbisa dari Pengasas Silat yang kononnya berasal dari Malaysia/Indonesia.

Cerita - cerita diatas sekadar khabar angin mengenai kematian Bruce Lee yang aku sendiri tidak pasti kesahihannya. Ini pula cerita orang yang berada bersama Bruce Lee di saat beliau hampir mati.

- Bruce Lee pada awalnya mengadu sakit kepala ketika melawat rumah kawannya. Kawan Bruce Lee telah memberikan ubat kepada beliau dan menyuruh beliau berehat di bilik. Ketika mahu makan malam, Bruce Lee tidak turun ke ruang makan walaupun telah dipanggil oleh kawannya. Ketika itu mereka mendapati Bruce Lee sudah tidak sedarkan diri. Selepas itu, Bruce Lee didapati sudah mati apabila tiba di hospital.

Apa yang lebih menarik , menurut isteri Bruce Lee, beliau tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan kehilangan keupayaan fizikal ( yang dimiliki ketika muda ) pada hari tuanya. Bruce Lee pernah berkata pada isterinya, " jika saya mati pada esok hari, saya tidak akan menyesal. Saya lakukan apa yang saya mahu lakukan. Kamu tidak boleh mengharapkan lebih dari kehidupan, ".


( mungkin inilah wajah mayat Bruce Lee )


Setakat itu sahaja info yang aku jumpa.. Sekuat mana pun manusia itu, kepada Allah juga pulangnya. Sekian.

Selanjutnya...

Sep 10, 2011

Kes : Naik Rege

0 comments

Hari ini tarikh penting untuk kawan - kawan aku mendaftar sebagai bakal pelajar lepasan ijazah.
Ayat biasa, " good luck kawan - kawan semua " . Haish, aku pula tak tahu bila nak meneruskan perjuangan macam kawan - kawan yang lain tu.
Aku pun pelik kenapa sejak akhir - akhir ini aku sentiasa dalam keadaaan mood yang tidak stabil untuk post entri.

Macam biasa, masalah utama bagi seorang penuntut dari golongan biasa adalah DUIT.
Dan seperti yang aku tahu, telefon bimbit sudah menjadi keperluan kepada semua orang bahkan untuk golongan miskin.
Ia memudahkan kita untuk berinteraksi antara 1 sama lain dalam jarak yang jauh.

********* tutup cerita pasal telefon bimbit **************

Apa yang hendak aku persoalkan sekarang adalah mengenai cukai sebanyak 6% untuk produk reload dan simpack.
Maknanya setiap pembelian prepaid yang bernilai RM10 akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.60?!!
Bagi aku, tambah nilai RM10 yang sebelum ini pun hanya mampu bertahan untuk masa yang singkat dan agak membebankan.
Setelah dikenakan cukai, aku akan rasa LEBIH + SANGAT + AMAT + BEGITU memBEBANkan!!!

Bagi yang berpendapatan tinggi mungkin nilai RM0.60 itu tidak membebankan, tetapi bagaimana pula bagi kami yang berpendapatan rendah dan sederhana terutama siswa & siswi ?

Setiap tahun pasti ada kenaikan harga pada barang @ caj sesuatu perkhidmatan. Sebelum ini cukai pada Astro, sekarang perpaid pula?
Tetapi, selaku "orang besar" yang "bijak pandai" pemikirannya telah mengajar kita untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang dan caj perkhidmatan ini.
Bagaimana? Mudah jawapannya, rakyat perlu BERJIMAT dan UBAH GAYA HIDUP!

Oleh itu 1 teori telah dicipta. Kita akan menjalani evolusi.

Segala - galanya akan berubah. Tutupkan mata, celikkan minda. Bayangkan keadaan ubah gaya hidup itu.






Apa yang kamu fikirkan? Kuasa ditangan kamu, jalankan tanggungJAWAB.
Kesian dan sekian, terima kasih.

Selanjutnya...

Sep 3, 2011

Salam Aidilfitri - Salam Merdeka

0 comments

Merdeka + Raya

Bagi aku tahun ni agak unik sebab dalam 1 bulan, 2 tarikh, 1 ma, ada 2 peristiwa yang bermakna untuk negara kita.

Yang pertama semestinya perayaan bagi kita sebagai umat Islam, iaitu sambutan Aidilfitri.
Yang keduanya adalah tarikh kemerdekaan untuk negara kita iaitu pada 31 ogos.

Pada aku apa yang istimewanya pada bulan ini?? Semuanya jadi KURANG menarik! Aku terpaksa memikirkan pasal assignment + presentation. Sepatutnya pada masa yang ada ini aku cuma perlu tumpukan pada peperiksaan akhir. Exam dah dekat dah!

Tapi?? arghh..

Motor pulak dah melekuk - lekuk sebab kena haba api. Nasib baik tak terbakar! Budak - budak happy sebab dapat main bunga api, tapi abang - abang menangis sebab tengok motor sendiri terbakar. Mak bapak budak? Kalau tak mampu nak ganti rugi 5 biji motor pun, sekurang - kurangnya datang la mintak maaf. Rasa la tanggungjawab sikit. Haish!

Ini pun da cukup memeningkan kepala aku untuk ganti cover set motor aku. Duit yuran pun masih tertunggak lagi. Macam - macam tekanan atas pemikiran aku ni. Apa lagi yang aku nak bebelkan?

Duduk diam dan teruskan kerja macam biasa.
Tuhan itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Ujian ni semua sebab nak bagi aku ingat pada Dia.

******** ********** ********

Menggunakan kesempatan yang ada, aku memohon maaf dari sudut zahir mahupun batin
kepada semua manusia di muka bumi ini sama ada yang kenal aku, mahu pun yang tak kenal.

P/s : kepada kawan dan lawan, sekarang bukan masa yang sesuai untuk berlawak bodoh dengan aku

Sekian, Salam





kepada siapa - siapa yang kacau aku, macam ni la hidung korang aku kerjakan!

Selanjutnya...

Jul 21, 2011

Di pagi hening

0 comments

Kisah bermula ketika percutian aku di rumah sendiri.

JAM 8.00 A.M WAKTU MALAYSIA ( ikut jam Astro )

Mak : Bangun la, dah pagi ni.

Aku : Orang baru je tido pukul 7 tadi.

Mak : Sape suruh tido lambat, bangun la pegi beli sarapan kejap.

Aku : Masak kat rumah kan lagi jimat. ( Alasan malas nak pegi kedai )


JAM 8.10 (+ -) A.M - KEADAAN MENJADI TENANG. AKU SAMBUNG TIDO NYENYAK.

JAM 8.30 A.M - TANPA AKU SANGKA, TIBA - TIBA..

Ade sore budak - budak.. " Cik mat..!! Bangun cik matt..!! "

Belum sempat aku bukak mate, PEKK..!! Satu penampar yang agak power melekat kat muka aku. Terus hilang rasa sangap nak tido aku tadi. Sambil - sambil tahan marah, budak - budak tadi terus melompat - lompat atas katil aku. Cess.. mak hantar "geng" die untuk kejutkan aku. Tak pasal - pasal aku kena lempang dengan budak - budak neh. Moral cite ni? Haa.. pandai - pandai la korang buat kesimpulan.



ni la suspek yang tak respek pada aku selaku pakcik diorang.. chiss..!

p/s : mak cakap, bangun pagi murah rezeki.

Selanjutnya...

May 21, 2011

Aku & Woopodei

0 comments

AMARAN : UNTUK BACAAN DEWASA SAHAJA. ENTRI INI MENGANDUNGI UNSUR UNSUR GANAS DAN KEPOYO-AN YANG TIDAK KETERLALUAN. UNTUK KANAK - KANAK DIBAWAH UMUR 17 TAHUN, BIMBINGAN DARI RAKAN SEBAYA DIPERLUKAN.






Sepanjang aku menetap di Kolej anjuran MARA, macam macam group yang aku jumpe. Macam macam nama pelik jugak yang aku dengar. Zhengzhuen la, The Wall la, Wooppodei la, Break eye la dan ntah ape lagi nama yang ada. Tapi untuk kali ni aku berminat untuk menulis pasal group Wooppodei ni. Korang tau tak ape itu wooppodei?

Nama group yang seakan akan sebutan dalam bahasa tamil Sri Langka ni dibagi sempena nama group untuk bola baling ( section 9 sem 3 ). Sebut pasal bola baling ni teringat plak aku yang group Wooppodei adelah juara untuk pertandingan tu. Tahniah diucapkan terutama kepada star group ni, Ash, Nurull, Qayyum, Keri, Adi, Syida, Seha, Kadi, Ekin, Qila dan Amzar selaku coach. Tak lupe jugak kepada penyokong penyokong yang banyak menyumbang suara yang sumbang, Diana, Lin, Ila, Kuza, Pika, dan Jenny yang sudi bagi sokongan dari rumah sewa beliau. Aku jugak nak mintak maaf kepada nama nama yang aku tak list kan tadi sebab aku tak ingat nama korang, ingat muka je. Hehe.

Sini aku sertakan gambar budak - budak Wooppodei,





















Entri yang tak seberapa ni aku buat supaya aku tak lupa pada kawan - kawan walaupun ade jugak kawan - kawan yang lupakan aku. Poyo je. HaHa.

Selanjutnya...

Feb 1, 2011

Fernando Torres ---> No. 9

0 comments

Seperti yang sedia maklum, bintang dari Liverpool telah berpindah ke Kem Biru. Makin bertambah la striker, formasi pun mungkin berubah. Tapi tak tau boleh menguatkan team atau hanya membazirkan duit. Tunggu je la


"Cepat - cepat tangkap die, masukkan dalam team kite "




Essien : ko baru masuk sini, ko kene hormat ngan senior².. ko paham?!!
Carvalho : sabar Essien, aku tau la ko jeles die masuk team kite..




Drogba : kite lawan sape score lagi banyak..
Torres : berehhh...

Selanjutnya...

Jan 10, 2011

Persiapan

0 comments




Tahun ni merupakan semester akhir aku di kolej yang indah. Kolej yang di muatkan dengan pensyarah - pensyarah yang berdedikasi juga sporting. Kolej yang mempunyai staf yang bersopan santun juga cekap dalam tugas yang dilakukan. Kolej yang dihiasi pelajar - pelajar yang berdisiplin yang jelas terpancar dari seri di wajah mereka yang sememangnya cantik dan kacak belaka. Pasti aku akan rindu pada mereka - mereka yang telah banyak meninggalkan kenangan manis di kolej. So sweet... hehe.

Bukan mengampu pensyarah yang aku praktikkan. Bukan gadis - gadis yang aku kejarkan. Bukan hiburan yang aku harapkan. Tetapi menamatkan semester akhir dengan segulung pengiktirafan yang aku impikan. Impian takkan tercapai sekadar dengan angan -angan. Tetapi...

Ehh.. apahal berbunga - bunga ayat aku ni? Dah macam puisi pulak. Haha. Untuk semester akhir ni sebenarnya aku nak belajar dengan bersungguh - sungguh. Nak buat semua assigment dengan baik. Nak dapatkan markah terbaik dalam setiap kuiz, ujian, dan yang paling penting dalam peperiksaan akhir.

Aku nak minta maaf kepada rakan - rakan yang semakin meminggirkan diri dari aku. Yang anggap aku sombong dengan diorang sebab keluar dengan aweks, dan macam - macam lagi la. Tolong bersihkan mentaliti korang dengan berfikir positif. Aku tak lebihkan siapa - siapa. Aku sekarang nak berusaha untuk semester akhir ni supaya aku dapat singkatkan masa aku untuk diploma.

Yang mana kaki - kaki "bahan" yang tak suka di "bahan", kalau rasa - rasa tak boleh bergurau, jangan nak bergurau dengan aku. Kutuk orang memang best, tapi bila korang dah kena kutuk, korang marah pulak. Hmm.. apa lagi aku nak taip kat sini.. Aku pun dah habis idea nak tulis apa, lain kali la aku sambung.

Semoga kita sama - sama berjaya. Good Luck! :)

Selanjutnya...

Darah Biru Masih Panas

0 comments

Bukannya kerana telur sebiji riuh sekampung tapi kalau dah 7 gol berbalas 0 aku nak cakap ape..? Mungkin persembahan Chelsea agak teruk akhir - akhir ini tetapi kini harapan kembali menyinari The Blues. Betul atau tak, kita tunggu perlawanan di EPL nanti. Sementara nak tunggu tu, korang jamah la dulu persembahan Chelsea setakat ini.

P/s : "Mau termuntah gula - gula getah si tua tu bila tengok video ni"







Selanjutnya...

Jan 3, 2011

Tahun 2011

0 comments



Assalamualaikum & salam 1 sejahtera. Yang berbahagia Tuan Pengerusi Majlis, yang arif lagi bijak sini Tuan Juri, serta pembaca - pembaca yang hensem serta cantik belaka. Mukaddimah entri untuk tahun baru 2011 ini aku mulakan dengan doa kesejahteraan ke atas pembaca - pembaca blog ini. Pertama sekali aku ingin memohon maaf kepada semua, jika entri - entri aku sebelum ini menyentuh hati kaca kalian.

Penghujung tahun 2010 aku tak dapat nak update blog sebab aku sibuk dengan kerja sambilan. Pagi pergi kerja, balik kerja tido. Itulah rutin harian aku sepanjang penghujung 2010. Namun, aku bersyukur kerana rezeki jualan aku semasa kerja melebihi target yang dibuat. Terima kasih kepada bos sebab naikkan gaji walaupun sikit. ;) . Terima kasih juga kepada rakan - rakan yang banyak berjasa, nas, bella, dan fara & fara².

Target aku untuk tahun ini, aku nak lepasi semua subjek yang aku ambil. Aku tak mahu lanjutkan kepada semester 7. Aku nak atur keewangan dengan baik. Aku tak nak cari pasal dengan sesiapa. Dan akhir sekali, aku nak ubah diri aku kepada yang lebih baik. Sebenarnya banyak lagi yang aku nak buat, tapi kalau aku senaraikan kat sini tentu anda pun malas nak membacanya.

Aku pun tak tahu nak tulis apa lagi. Sebagai penutup entri ni, aku harap tahun 2011 akan menjadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya buat aku dan anda semua. Sekian, terima kasih. Tepuk sikit... ;)

Selanjutnya...

 

Sudut Aku Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template