Nov 19, 2010

Kes : Bajjal Makhluk Misteri



Playboy atau di bahasa Melayu-kan menggunakan Google Translate akan menjadi " bermain anak laki - laki " manakala Playgirl pula adalah " bermain gadis ". Main apa? Haa.. itu yang kita tak tahu. Kalau makna yang aku bagi tahu tu tidak betul, korang jangan aim aku tapi korang marah la Google Translate. Hahai.. Apa kena mengena Playboy & Playgirl ni dalam hidup aku? Takde kena mengena dengan aku pun, mungkin tempias - tempias je yang kena. Kenapa aku bangkitkan isu ni? Kerana dua spesis manusia yang dikenal pasti oleh para ilmiah di Mexico sebagai bajjal ( bawah sikit dari dajjal ) ini mungkin akan membawa kesengsaraan dalam hidup anda.. Takut tak?? Takut tak?? Lebih mengerikan lagi spesis bajjal ini adalah lebih ganaz dan menakutkan dari Toyol yang aku cerita dulu.

Aku sekadar nak beringat - ingat sesama rakan, kawan, sahabat, taulan dan taufan, supaya berhati - hati dengan spesis bajjal ni. Bagi aku menyintai dan dicintai adalah perkara biasa dalam kehidupan manusia tetapi haruslah berwaspada dengan golongan - golongan yang macam ni. Tersilap pilih orang memang menangis berlagu Justin Bambrek la korang.. " baby, baby.. uuuuoouu!! ". Sebenarnya tak salah kalau korang yang bercita - cita nak jadi bajjal ni, dengan alasan bukannya kahwin lagi, ada hak nak pilih pasangan hidup. 10² markah aku bagi korang, tapi kalau dah melampau sangat tu, 10 juta kilometer sejam penampar aku melayang kt bibir korang! Apa yang aku maksudkan dengan melampau? Makhluk bajjal ni akan mendampingi orang dengan ayat - ayat cintan baaaiikk punya semata - mata nak dapatkan kepentingan diri diorang dan berfoya - foya.




Bagi golongan lelaki yang didamping oleh spesis bajjal betina ni tak berapa kritikal sangat. Mungkin tergadai harta je. Tapi golongan perempuan yang menjadi mangsa bajjal jantan..? Haa.. korang faham - faham sendiri la. Korang lagi pandai dan arif dari aku kalau pasal bab tu.. Modal si bajjal untuk mendapatkan mangsa adalah dengan cara, bagi yang betina ialah rupa paras + ayat yang menggoda. Bagi yang jantan muka tak kisah sangat, ada yang macam muka pecah rumah, tak pun muka macam orang buat rumah, tapi ayat diorang tak payah cerita la, power abis. Sekejap je boleh dapatkan awek - awek yang otaknya kurang berfungsi di sebelah bawah kanan otak ( ape punya taste da..! ). Tapi kenapa aku marah sangat kat kaum bajjal ni?? Sebab diorang la yang memburukkan nama golongan lelaki dan perempuan yang lain. Ni aku list kan sikit bahana gejala bajjal ni .. :

  1. Meningkatkan golongan cinta sejenis ( sebab diorang dah serik dan tak percaya dengan cinta lurus)
  2. Meningkatkan lagi bilangan bajjal ( sebab orang yang tertipu nak melepaskan dendam dengan jadi penipu jugak )
  3. Orang yang tak bersalah turut disalahkan.. ( contohnya apabila korang nak ngorat awek dan awek tu cakap. " ahh.. semua lelaki ni sama je.. dasar buaya! ". )
  4. Ngabihkan duit je ( kena kikis ngan bajjal)
  5. Yang paling teruk, tergadai maruah anak bangsa..

Itu la serba sedikit bahaya si bajjal ni, renung -renungkan lah, jangan biarkan mata korang dibutakan oleh ayat manis bajjal yang tajam. Cukup tak?? Kalau tak cukup, nah korang tengok la sample bajjal yang belum habis dikaji di makmal detektif aku. Kalau korang dah puas tengok nanti letak balik kat makmal aku k, aku belum abis buat research lagi..




Detail makhluk bajjal :

Spesis : Monk Penyalung
Facebook : Klik sini
Kemahiran : Ayat manis ( rupa takde )
Asal : Tampung , N.10

Korang percaya tak apa yang aku bagi ni?? Korang ( bagi yang perempuan ) boleh la try add. Borak - borak la dengan dia. Jangan lupa tanya soalan cepumas " awak takda awek ke? ", conferm jawapan yang dia bagi " awek semua dah tinggalkan saya". Kalau tak percaya korang boleh try.. Free je.. Tapi INGAT..!! Jangan sampai termakan kata - kata dia yang manis macam madu. Ini sekadar experiment saja. Sekian, - detektif M."serizawa" B. O

0 comments:

 

Sudut Aku Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template