Jan 10, 2011

Persiapan

0 comments




Tahun ni merupakan semester akhir aku di kolej yang indah. Kolej yang di muatkan dengan pensyarah - pensyarah yang berdedikasi juga sporting. Kolej yang mempunyai staf yang bersopan santun juga cekap dalam tugas yang dilakukan. Kolej yang dihiasi pelajar - pelajar yang berdisiplin yang jelas terpancar dari seri di wajah mereka yang sememangnya cantik dan kacak belaka. Pasti aku akan rindu pada mereka - mereka yang telah banyak meninggalkan kenangan manis di kolej. So sweet... hehe.

Bukan mengampu pensyarah yang aku praktikkan. Bukan gadis - gadis yang aku kejarkan. Bukan hiburan yang aku harapkan. Tetapi menamatkan semester akhir dengan segulung pengiktirafan yang aku impikan. Impian takkan tercapai sekadar dengan angan -angan. Tetapi...

Ehh.. apahal berbunga - bunga ayat aku ni? Dah macam puisi pulak. Haha. Untuk semester akhir ni sebenarnya aku nak belajar dengan bersungguh - sungguh. Nak buat semua assigment dengan baik. Nak dapatkan markah terbaik dalam setiap kuiz, ujian, dan yang paling penting dalam peperiksaan akhir.

Aku nak minta maaf kepada rakan - rakan yang semakin meminggirkan diri dari aku. Yang anggap aku sombong dengan diorang sebab keluar dengan aweks, dan macam - macam lagi la. Tolong bersihkan mentaliti korang dengan berfikir positif. Aku tak lebihkan siapa - siapa. Aku sekarang nak berusaha untuk semester akhir ni supaya aku dapat singkatkan masa aku untuk diploma.

Yang mana kaki - kaki "bahan" yang tak suka di "bahan", kalau rasa - rasa tak boleh bergurau, jangan nak bergurau dengan aku. Kutuk orang memang best, tapi bila korang dah kena kutuk, korang marah pulak. Hmm.. apa lagi aku nak taip kat sini.. Aku pun dah habis idea nak tulis apa, lain kali la aku sambung.

Semoga kita sama - sama berjaya. Good Luck! :)

Selanjutnya...

Darah Biru Masih Panas

0 comments

Bukannya kerana telur sebiji riuh sekampung tapi kalau dah 7 gol berbalas 0 aku nak cakap ape..? Mungkin persembahan Chelsea agak teruk akhir - akhir ini tetapi kini harapan kembali menyinari The Blues. Betul atau tak, kita tunggu perlawanan di EPL nanti. Sementara nak tunggu tu, korang jamah la dulu persembahan Chelsea setakat ini.

P/s : "Mau termuntah gula - gula getah si tua tu bila tengok video ni"







Selanjutnya...

Jan 3, 2011

Tahun 2011

0 comments



Assalamualaikum & salam 1 sejahtera. Yang berbahagia Tuan Pengerusi Majlis, yang arif lagi bijak sini Tuan Juri, serta pembaca - pembaca yang hensem serta cantik belaka. Mukaddimah entri untuk tahun baru 2011 ini aku mulakan dengan doa kesejahteraan ke atas pembaca - pembaca blog ini. Pertama sekali aku ingin memohon maaf kepada semua, jika entri - entri aku sebelum ini menyentuh hati kaca kalian.

Penghujung tahun 2010 aku tak dapat nak update blog sebab aku sibuk dengan kerja sambilan. Pagi pergi kerja, balik kerja tido. Itulah rutin harian aku sepanjang penghujung 2010. Namun, aku bersyukur kerana rezeki jualan aku semasa kerja melebihi target yang dibuat. Terima kasih kepada bos sebab naikkan gaji walaupun sikit. ;) . Terima kasih juga kepada rakan - rakan yang banyak berjasa, nas, bella, dan fara & fara².

Target aku untuk tahun ini, aku nak lepasi semua subjek yang aku ambil. Aku tak mahu lanjutkan kepada semester 7. Aku nak atur keewangan dengan baik. Aku tak nak cari pasal dengan sesiapa. Dan akhir sekali, aku nak ubah diri aku kepada yang lebih baik. Sebenarnya banyak lagi yang aku nak buat, tapi kalau aku senaraikan kat sini tentu anda pun malas nak membacanya.

Aku pun tak tahu nak tulis apa lagi. Sebagai penutup entri ni, aku harap tahun 2011 akan menjadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya buat aku dan anda semua. Sekian, terima kasih. Tepuk sikit... ;)

Selanjutnya...

 

Sudut Aku Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template