Jan 3, 2011

Tahun 2011




Assalamualaikum & salam 1 sejahtera. Yang berbahagia Tuan Pengerusi Majlis, yang arif lagi bijak sini Tuan Juri, serta pembaca - pembaca yang hensem serta cantik belaka. Mukaddimah entri untuk tahun baru 2011 ini aku mulakan dengan doa kesejahteraan ke atas pembaca - pembaca blog ini. Pertama sekali aku ingin memohon maaf kepada semua, jika entri - entri aku sebelum ini menyentuh hati kaca kalian.

Penghujung tahun 2010 aku tak dapat nak update blog sebab aku sibuk dengan kerja sambilan. Pagi pergi kerja, balik kerja tido. Itulah rutin harian aku sepanjang penghujung 2010. Namun, aku bersyukur kerana rezeki jualan aku semasa kerja melebihi target yang dibuat. Terima kasih kepada bos sebab naikkan gaji walaupun sikit. ;) . Terima kasih juga kepada rakan - rakan yang banyak berjasa, nas, bella, dan fara & fara².

Target aku untuk tahun ini, aku nak lepasi semua subjek yang aku ambil. Aku tak mahu lanjutkan kepada semester 7. Aku nak atur keewangan dengan baik. Aku tak nak cari pasal dengan sesiapa. Dan akhir sekali, aku nak ubah diri aku kepada yang lebih baik. Sebenarnya banyak lagi yang aku nak buat, tapi kalau aku senaraikan kat sini tentu anda pun malas nak membacanya.

Aku pun tak tahu nak tulis apa lagi. Sebagai penutup entri ni, aku harap tahun 2011 akan menjadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya buat aku dan anda semua. Sekian, terima kasih. Tepuk sikit... ;)

0 comments:

 

Sudut Aku Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template