Nov 18, 2010

Misteri : Toyol




Amaran : Ini adalah kisah benar, kepada yang lemah semangat diharap untuk tidak membacanya


Korang pernah dengar nama Toyol?? Bukan Puyol, puyol tu pemain bola Barca.. Ni toyol.. Toyol ni digambarkan oleh orang muda dulu - dulu ( sekarang diorang dah tua ), sebagai seekor makhluk kecil yang berwarna hijau. Rupanya seperti bayi tetapi mempunyai mata yang merah berserta taring yang tajam. Mengikut orang dulu - dulu lagi, toyol adalah makhluk belaan yang mana toyol ini akan melakukan kerja yang disuruh tuannya dengan balasan tuan toyol tersebut akan memberi darahnya. Toyol di Malaysia sangat kecil dan lebih seksi kalau nak dibandingkan dengan toyol di Amerika(Hulk) yang masih berseluar . Pada pandangan sesetengah orang kepercayaan terhadap benda karut ni akan membawa kepada syirik. Aku juga pernah berpendapat begitu sehinggalah aku bertemu sendiri dengan toyol..!!

Aku tak faham kenapa orang perlu takut dengan makhluk yang bernama toyol ni sedangkan rupanya tidaklah begitu menyeramkan. Bagi aku pengalaman bersama toyol adalah pengalaman yang tidak menyeramkan tetapi mampu membangkitkan kemarahan. Aku bukan nak cakap besar tapi aku yakin kalau aku berjaya tangkap toyol ni, aku akan ajar dia cukup - cukup. Oh ya, lupa nak bagi tahu, rupa toyol yang aku jumpa ni tak sama dengan gambaran orang tua dulu - dulu. Toyol yang aku jumpa ni bukan berwarna hijau tapi coklat. Selain mempunyai rambut, toyol ini juga tidak mempunyai mata yang merah. Tapi macam mana aku tahu yang aku jumpa ini adalah toyol?? Masih ada persamaan antara makhluk yang aku jumpa ni dengan gambaran toyol orang dulu - dulu iaitu perutnya buncit, jalan terkedek - kedek dan terer mencuri.



Toyol yang aku jumpa ni badannya besar dan tidak lincah untuk berlari. Pengalaman pertama aku bersama toyol ni ketika duit rumah ( duit yang dikumpul dari ahli rumah sewa untuk bayaran bil ) telah hilang. Cekap juga toyol tu sebab aku dah simpan duit tu dalam rak, dapat juga dia jumpa. Tapi aku sabar je. Tiada sebarang jerat mahupun tangkapan yang aku buat terhadap toyol tu. Sebelum kejadian tu berlaku, aku dah pernah ternampak toyol tersebut masuk bilik aku. Dia jalan pelan - pelan je, masa tu aku tersedar dari tidur tapi aku buat- buat tidur. Aku nampak dia selongkar habis seluruh rak aku, dari tingkat atas rak sampaikan ke bawah sekali. Masa tu aku diamkan je sebab aku anggap toyol tu sekadar nak cari kacang hijau.

Pengalaman yang paling teruk apabila toyol tersebut curi handphone aku!! Main kasar ko toyol.. Aku nak call family aku susah la nanti. Habis la aku lost contact dengan member² aku. Paling penting gambar² kenangan aku dalam handphone tu. Masa tu aku dah geram.. Aku nampak je toyol tu depan aku, aku rasa nak terajang je..!! Tapi aku perlukan bukti, nanti kalau aku terus terajang je toyol tu, mesti penjaga dia marah aku. Lagipun makhluk halus ni kena lawan dengan cara halus. Aku terus pinjam handphone kawan aku, aku call ustaz untuk tanya bagaimana aku nak tangkap toyol ni. Ustaz tu cakap die boleh tolong, die mintak nama aku dengan nama mak aku kemudian dia suruh aku call dalam masa 5 minit. Dia nak buat ape, korang jangan tanya sebab aku memang tak tahu.

Selepas 5 minit, aku call balik ustaz tu. Dia cakap toyol tu memang ada dalam rumah aku. Dia ajar aku beberapa ayat dalam al - Quran untuk memerangkap toyol tersebut. Aku tidak terburu - buru untuk menyiksa toyol tersebut, tetapi aku minta dia pulangkan semua barang - barang yang dia ambil dari rumah aku. Dalam beberapa jam, tanpa aku dan ahli - ahli rumah yang lain sedar, toyol tersebut telah masuk ke dalam bilik aku dan memulangkan barang yang dia ambil. Tetapi apa yang dia pulangkan hanya duit rumah aku yang dicuri dulu. Handphone aku dia tak mahu pulangkan. Aku betul - betul marah dan bercadang untuk mengusir toyol tersebut dari rumah aku.. Tetapi aku ambil keputusan untuk tidak menghalau toyol tersebut dan memberi dia masa untuk pulangkan handphone aku. Aku hanya "memagar" kawasan bilik aku agar toyol itu tidak dapat mencuri lagi. Adakah toyol tersebut akan memulangkan handphone aku?? Sama - samalah kita nantikan..

: - cerita ini merupakan kisah benar, tapi aku dah ubah sikit..

3 comments:

MIYAHNASIR on June 28, 2016 at 6:19 PM said...

Salam Tuan, boleh tahu ayat apa yang Tuan amalkan? sebab saya asyik hilang duit dengan amount yang sama huhu

Unknown on October 6, 2016 at 7:23 AM said...

Apa ya ayat nya

Unknown on January 23, 2021 at 8:36 PM said...

Ayat tu ayat apa?

 

Sudut Aku Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template