Sep 10, 2011

Kes : Naik Rege


Hari ini tarikh penting untuk kawan - kawan aku mendaftar sebagai bakal pelajar lepasan ijazah.
Ayat biasa, " good luck kawan - kawan semua " . Haish, aku pula tak tahu bila nak meneruskan perjuangan macam kawan - kawan yang lain tu.
Aku pun pelik kenapa sejak akhir - akhir ini aku sentiasa dalam keadaaan mood yang tidak stabil untuk post entri.

Macam biasa, masalah utama bagi seorang penuntut dari golongan biasa adalah DUIT.
Dan seperti yang aku tahu, telefon bimbit sudah menjadi keperluan kepada semua orang bahkan untuk golongan miskin.
Ia memudahkan kita untuk berinteraksi antara 1 sama lain dalam jarak yang jauh.

********* tutup cerita pasal telefon bimbit **************

Apa yang hendak aku persoalkan sekarang adalah mengenai cukai sebanyak 6% untuk produk reload dan simpack.
Maknanya setiap pembelian prepaid yang bernilai RM10 akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.60?!!
Bagi aku, tambah nilai RM10 yang sebelum ini pun hanya mampu bertahan untuk masa yang singkat dan agak membebankan.
Setelah dikenakan cukai, aku akan rasa LEBIH + SANGAT + AMAT + BEGITU memBEBANkan!!!

Bagi yang berpendapatan tinggi mungkin nilai RM0.60 itu tidak membebankan, tetapi bagaimana pula bagi kami yang berpendapatan rendah dan sederhana terutama siswa & siswi ?

Setiap tahun pasti ada kenaikan harga pada barang @ caj sesuatu perkhidmatan. Sebelum ini cukai pada Astro, sekarang perpaid pula?
Tetapi, selaku "orang besar" yang "bijak pandai" pemikirannya telah mengajar kita untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang dan caj perkhidmatan ini.
Bagaimana? Mudah jawapannya, rakyat perlu BERJIMAT dan UBAH GAYA HIDUP!

Oleh itu 1 teori telah dicipta. Kita akan menjalani evolusi.

Segala - galanya akan berubah. Tutupkan mata, celikkan minda. Bayangkan keadaan ubah gaya hidup itu.






Apa yang kamu fikirkan? Kuasa ditangan kamu, jalankan tanggungJAWAB.
Kesian dan sekian, terima kasih.

0 comments:

 

Sudut Aku Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template