Sep 3, 2011

Salam Aidilfitri - Salam Merdeka


Merdeka + Raya

Bagi aku tahun ni agak unik sebab dalam 1 bulan, 2 tarikh, 1 ma, ada 2 peristiwa yang bermakna untuk negara kita.

Yang pertama semestinya perayaan bagi kita sebagai umat Islam, iaitu sambutan Aidilfitri.
Yang keduanya adalah tarikh kemerdekaan untuk negara kita iaitu pada 31 ogos.

Pada aku apa yang istimewanya pada bulan ini?? Semuanya jadi KURANG menarik! Aku terpaksa memikirkan pasal assignment + presentation. Sepatutnya pada masa yang ada ini aku cuma perlu tumpukan pada peperiksaan akhir. Exam dah dekat dah!

Tapi?? arghh..

Motor pulak dah melekuk - lekuk sebab kena haba api. Nasib baik tak terbakar! Budak - budak happy sebab dapat main bunga api, tapi abang - abang menangis sebab tengok motor sendiri terbakar. Mak bapak budak? Kalau tak mampu nak ganti rugi 5 biji motor pun, sekurang - kurangnya datang la mintak maaf. Rasa la tanggungjawab sikit. Haish!

Ini pun da cukup memeningkan kepala aku untuk ganti cover set motor aku. Duit yuran pun masih tertunggak lagi. Macam - macam tekanan atas pemikiran aku ni. Apa lagi yang aku nak bebelkan?

Duduk diam dan teruskan kerja macam biasa.
Tuhan itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Ujian ni semua sebab nak bagi aku ingat pada Dia.

******** ********** ********

Menggunakan kesempatan yang ada, aku memohon maaf dari sudut zahir mahupun batin
kepada semua manusia di muka bumi ini sama ada yang kenal aku, mahu pun yang tak kenal.

P/s : kepada kawan dan lawan, sekarang bukan masa yang sesuai untuk berlawak bodoh dengan aku

Sekian, Salam





kepada siapa - siapa yang kacau aku, macam ni la hidung korang aku kerjakan!

0 comments:

 

Sudut Aku Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template