Oct 6, 2011

Bruce Lee : Kematian di usia muda

0 comments



Bruce Lee nama yang cukup sinonim dengan seni bela diri. Beliau merupakan pengasas seni bela Jeet Kune Do. Beliau juga salah seorang murid Sifu Yip Man iaitu pengasas seni bela diri Wing Chun. Mati pada usia muda, dan punca kematiannya sering menjadi teka teki kepada orang ramai.

Pelbagai spekulasi mengenai kematian ikon seni bela diri ini antaranya ialah,

- Bruce Lee dikatakan dibunuh oleh kumpulan Gengster dari China. Mereka tidak mahu beliau meneruskan karier di Holywood.

- Bruce Lee mati akibat terlebih dos dari dadah yang diberikan oleh teman wanita beliau.

- Dibunuh oleh " Master Black Taiost " yang telah diupah oleh kumpulan Mafia Hong Kong yang tidak suka Bruce Lee mengajar kung fu kepada orang bukan cina. Kononnya beliau telah terkena "Pukulan Maut" ( Touch of Death ).

- Terkena pukulan berbisa dari Pengasas Silat yang kononnya berasal dari Malaysia/Indonesia.

Cerita - cerita diatas sekadar khabar angin mengenai kematian Bruce Lee yang aku sendiri tidak pasti kesahihannya. Ini pula cerita orang yang berada bersama Bruce Lee di saat beliau hampir mati.

- Bruce Lee pada awalnya mengadu sakit kepala ketika melawat rumah kawannya. Kawan Bruce Lee telah memberikan ubat kepada beliau dan menyuruh beliau berehat di bilik. Ketika mahu makan malam, Bruce Lee tidak turun ke ruang makan walaupun telah dipanggil oleh kawannya. Ketika itu mereka mendapati Bruce Lee sudah tidak sedarkan diri. Selepas itu, Bruce Lee didapati sudah mati apabila tiba di hospital.

Apa yang lebih menarik , menurut isteri Bruce Lee, beliau tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan kehilangan keupayaan fizikal ( yang dimiliki ketika muda ) pada hari tuanya. Bruce Lee pernah berkata pada isterinya, " jika saya mati pada esok hari, saya tidak akan menyesal. Saya lakukan apa yang saya mahu lakukan. Kamu tidak boleh mengharapkan lebih dari kehidupan, ".


( mungkin inilah wajah mayat Bruce Lee )


Setakat itu sahaja info yang aku jumpa.. Sekuat mana pun manusia itu, kepada Allah juga pulangnya. Sekian.

Selanjutnya...

 

Sudut Aku Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template