Nov 22, 2010

Kes : Cannibal Wujud di Malaysia??!!!

3 comments



Korang tau tak ape itu cannibal?? Tak tau?? Buat - buat tak tau pulak padahal itu la tajuk cerita kesukaan korang. Haha. Bagi yang tak tahu cannibal itu ape, biar aku terangkan sikit. "Cannibal" ni adalah istilah untuk makhluk @ spesis yang makan sesama jenis. Contohnye ayam makan ayam, lembu makan lembu dan manusia makan manusia. Spesis cannibal ni adalah spesis yang cacat otak, contohnye lembu gile. Biasanye manusia cannibal ni adalah orang - orang asli kat dalam hutan ( orang asli Malaysia terkecuali ek ) sebab mereka ni belum cukup bertamadun. Diorang jadi macam ni mungkin sebab diorang tak dapat nak menikmati masakan macam McD, Kfc ( kelantan fried chicken ) dan makanan kat mapelei ( Fareez Maju yang ade great khali ). Boleh jadi jugak diorang dah geram sangat kat seseorang tu sampai terus makan orang tersebut. Sekarang korang dah faham?? Penerangan tadi tu aku agak - agak je, kalau nak tahu lebih lanjut korang search la kat google ke, yahoo ke, cnn msn pun bole.

Tapi korang sedar tak sebenarnya golongan cannibal ni dah wujud kat Malaysia?? Lebih teruk lagi, kadang - kadang korang tak sedar pun sebenarnya korang dah ditikam cannibal. Tinggal masa korang nak kena "ngap" je lagi. Teringat pulak aku ayat "kalau dia ngap, saya ngep" (dialog dalam cite P.Ramlee). Korang mesti ingat aku tipu kan? Korang baca dulu pengalaman aku bersama seorang cannibal. Kisah ni bermula masa aku tinggal kat rumah sewa. Dalam rumah tu ada 6 orang. 2 orang chubby, seorang tough, seorang lonjong, dan seorang hitam manis, inilah gambaran penyewa - penyewa yang menyewa rumah sewa yang sama dengan aku. Pada awalnya kami semua ok, kawan - kawan aku ni pun sangat rapat sehinggakan diorang dianggap macam adik beradik. Ade yang jadi abang long, abang ngah, abang chik, a.bangla pun ade! Tapi aku tak terlibat dalam group " happy family " tu. Hahai.. Tapi lama kelamaan, seorang demi seorang penyewa " hapyy family" tadi mula meninggalkan rumah tersebut. Aku dah mula merasakan sesuatu yang tidak baik sudah berlaku. Mereka yang meninggalkan rumah sewa ni seolah - olah takut pada 'sesuatu'.

Pada masa ni jugak, gelak ketawa "happy family" dah tidak lagi kedengaran seperti selalu. Keadaan menjadi hambar. Kalau dulu mereka akan makan sama - sama, melepak sama - sama, berjudi main terup sama - sama. Hmm.. Walaupun aku bukan sebahagian dari diorang tapi keceriaan diorang membuatkan rumah sewa sentiasa meriah. Tapi itu dulu. Sekarang keadaannya sangat berbeza. Masalah - masalah peribadi melanda diorang, contohnya masalah dengan awek, masalah belajar, dan paling teruk masalah duit. Ape aku melalut ni? Biar aku terus ke cerita utama je la. Salah sorang dari ahli "happy family" tadi kalau tengok dari segi rupa parasnya kelihatan sangat mewah. Dari atas kepala sampai ke hujung kaki, semuanya barang - barang yang berjenama. Hmm.. Yang sorang lagi memang rupa orang tak berduit, dan memang betul la die tak ade duit cume yang peliknya mane duit die habis.? Itu bukan masalah aku. Yang sorang lagi, biase - biase je. Apa yang menjadi persoalan aku, kenapa yang mewah tu je selalu tak cukup duit? Boleh kata tiap - tiap bulan dia akan pinjam duit kat aku.

Aku bukan nak berkira, tapi kalau dah tiap - tiap bulan pinjam duit aku, aku pun tensyen jugak. Tapi aku diamkan je benda ni. Kenapa die tak mintak je kat geng "happy family" dia tu? Ape yang aku pasti, budak ni agak berlagak + kerek tahap lembu. Aku hanya akan nampak dia macam budak nerd yang baik time dia nak pinjam duit je. Masa tu tak payah cerita la, gaya percakapan, budi bahasa memang baik habis, senang cerita memang calon suami! Aku diamkan je rasa tak puas hati dan perangai pelik budak ni. Duit banyak habis untuk beli barang barang berjenama yang mahal je. Apa yang ada pada jenama?? Tapi lantak ko la, aku boleh sabar lagi. Tiba - tiba satu kejadian yang buat aku rasa betul - betul tak puas hati, masa tu aku baru je sampai kat kampung. Saje nak balik time hujung - hujung minggu nak tenangkan otak. Sebaik aku sampai kat rumah je, tuan rumah sewa call aku. Die complain kenapa tak bayar duit sewa. Aii.. tak sempat aku nak berborak dengan mak aku, dah ade berita buruk sampai.




Aku terus call kawan - kawan semua, tanya siapa yang tak bayar sewa. Semua cakap dah bayar. Kalau semua dah bayar kenapa tuan rumah tak dapat duit tu? Tak lain tak bukan mesti kerja budak culture shock tu! Dia yang pegang duit. Aku cepat - cepat patah balik ke rumah sewa. Tak sempat aku nak jamah masakan mak aku, aku dah nak balik rumah sewa. Aku sampai rumah sewa aku terus jumpa budak tu. Aku tanya " duit sewa mana? Dua bulan tak bayar.. " Dia buat muka tak bersalah pun. Jawapan selamba dia " nanti minggu depan aku masukkan". Dia ingat rumah yang dia sewa tu pusaka nenek dia punya kot. Aku yang kena marah dengan tuan sebab budak barua ni. Tak padan dengan student tapi nak barang mahal macam anak raja. Tapi aku bagi peluang lagi, tak de la aku nak kecoh - kecoh sangat. Lepas pada hal tu, duit rumah aku yang kutip. Tapi boleh dia balas jasa baik aku pada dia selama ni dengan cara curi duit rumah?

Orang lain pun takde duit bro.. Agak - agak la. Masa tu member - member yang lain dah rancang, nak lanyak je Barua Negara ni, tapi aku tak nak. Aku nak dia kantoi depan aku dulu. Nasib dia baik, sebab tak kantoi sampai sekarang. Member - member lain dah tahu perangai dia sekarang. Lepas pada tu batu aku tahu, aku ingat dia pinjam duit aku sorang je, rupa - rupanya duit member lain pun dia mintak jugak. Kalau nak ikut secara detail, banyak lagi hal yang barua ni buat. Tapi nanti korang pulak tak larat nak baca + penat aku menaip je. Ehh.. Apa kena mengena dengan cerita aku ni dengan cannibal..?? Barua macam ni la yang aku maksudkan cannibal sebab dia makan sesama jenis. Kawan makan kawan!

Selanjutnya...

Nov 19, 2010

Kes : Bajjal Makhluk Misteri

0 comments


Playboy atau di bahasa Melayu-kan menggunakan Google Translate akan menjadi " bermain anak laki - laki " manakala Playgirl pula adalah " bermain gadis ". Main apa? Haa.. itu yang kita tak tahu. Kalau makna yang aku bagi tahu tu tidak betul, korang jangan aim aku tapi korang marah la Google Translate. Hahai.. Apa kena mengena Playboy & Playgirl ni dalam hidup aku? Takde kena mengena dengan aku pun, mungkin tempias - tempias je yang kena. Kenapa aku bangkitkan isu ni? Kerana dua spesis manusia yang dikenal pasti oleh para ilmiah di Mexico sebagai bajjal ( bawah sikit dari dajjal ) ini mungkin akan membawa kesengsaraan dalam hidup anda.. Takut tak?? Takut tak?? Lebih mengerikan lagi spesis bajjal ini adalah lebih ganaz dan menakutkan dari Toyol yang aku cerita dulu.

Aku sekadar nak beringat - ingat sesama rakan, kawan, sahabat, taulan dan taufan, supaya berhati - hati dengan spesis bajjal ni. Bagi aku menyintai dan dicintai adalah perkara biasa dalam kehidupan manusia tetapi haruslah berwaspada dengan golongan - golongan yang macam ni. Tersilap pilih orang memang menangis berlagu Justin Bambrek la korang.. " baby, baby.. uuuuoouu!! ". Sebenarnya tak salah kalau korang yang bercita - cita nak jadi bajjal ni, dengan alasan bukannya kahwin lagi, ada hak nak pilih pasangan hidup. 10² markah aku bagi korang, tapi kalau dah melampau sangat tu, 10 juta kilometer sejam penampar aku melayang kt bibir korang! Apa yang aku maksudkan dengan melampau? Makhluk bajjal ni akan mendampingi orang dengan ayat - ayat cintan baaaiikk punya semata - mata nak dapatkan kepentingan diri diorang dan berfoya - foya.




Bagi golongan lelaki yang didamping oleh spesis bajjal betina ni tak berapa kritikal sangat. Mungkin tergadai harta je. Tapi golongan perempuan yang menjadi mangsa bajjal jantan..? Haa.. korang faham - faham sendiri la. Korang lagi pandai dan arif dari aku kalau pasal bab tu.. Modal si bajjal untuk mendapatkan mangsa adalah dengan cara, bagi yang betina ialah rupa paras + ayat yang menggoda. Bagi yang jantan muka tak kisah sangat, ada yang macam muka pecah rumah, tak pun muka macam orang buat rumah, tapi ayat diorang tak payah cerita la, power abis. Sekejap je boleh dapatkan awek - awek yang otaknya kurang berfungsi di sebelah bawah kanan otak ( ape punya taste da..! ). Tapi kenapa aku marah sangat kat kaum bajjal ni?? Sebab diorang la yang memburukkan nama golongan lelaki dan perempuan yang lain. Ni aku list kan sikit bahana gejala bajjal ni .. :

  1. Meningkatkan golongan cinta sejenis ( sebab diorang dah serik dan tak percaya dengan cinta lurus)
  2. Meningkatkan lagi bilangan bajjal ( sebab orang yang tertipu nak melepaskan dendam dengan jadi penipu jugak )
  3. Orang yang tak bersalah turut disalahkan.. ( contohnya apabila korang nak ngorat awek dan awek tu cakap. " ahh.. semua lelaki ni sama je.. dasar buaya! ". )
  4. Ngabihkan duit je ( kena kikis ngan bajjal)
  5. Yang paling teruk, tergadai maruah anak bangsa..

Itu la serba sedikit bahaya si bajjal ni, renung -renungkan lah, jangan biarkan mata korang dibutakan oleh ayat manis bajjal yang tajam. Cukup tak?? Kalau tak cukup, nah korang tengok la sample bajjal yang belum habis dikaji di makmal detektif aku. Kalau korang dah puas tengok nanti letak balik kat makmal aku k, aku belum abis buat research lagi..




Detail makhluk bajjal :

Spesis : Monk Penyalung
Facebook : Klik sini
Kemahiran : Ayat manis ( rupa takde )
Asal : Tampung , N.10

Korang percaya tak apa yang aku bagi ni?? Korang ( bagi yang perempuan ) boleh la try add. Borak - borak la dengan dia. Jangan lupa tanya soalan cepumas " awak takda awek ke? ", conferm jawapan yang dia bagi " awek semua dah tinggalkan saya". Kalau tak percaya korang boleh try.. Free je.. Tapi INGAT..!! Jangan sampai termakan kata - kata dia yang manis macam madu. Ini sekadar experiment saja. Sekian, - detektif M."serizawa" B. O

Selanjutnya...

Nov 18, 2010

Misteri : Toyol

3 comments



Amaran : Ini adalah kisah benar, kepada yang lemah semangat diharap untuk tidak membacanya


Korang pernah dengar nama Toyol?? Bukan Puyol, puyol tu pemain bola Barca.. Ni toyol.. Toyol ni digambarkan oleh orang muda dulu - dulu ( sekarang diorang dah tua ), sebagai seekor makhluk kecil yang berwarna hijau. Rupanya seperti bayi tetapi mempunyai mata yang merah berserta taring yang tajam. Mengikut orang dulu - dulu lagi, toyol adalah makhluk belaan yang mana toyol ini akan melakukan kerja yang disuruh tuannya dengan balasan tuan toyol tersebut akan memberi darahnya. Toyol di Malaysia sangat kecil dan lebih seksi kalau nak dibandingkan dengan toyol di Amerika(Hulk) yang masih berseluar . Pada pandangan sesetengah orang kepercayaan terhadap benda karut ni akan membawa kepada syirik. Aku juga pernah berpendapat begitu sehinggalah aku bertemu sendiri dengan toyol..!!

Aku tak faham kenapa orang perlu takut dengan makhluk yang bernama toyol ni sedangkan rupanya tidaklah begitu menyeramkan. Bagi aku pengalaman bersama toyol adalah pengalaman yang tidak menyeramkan tetapi mampu membangkitkan kemarahan. Aku bukan nak cakap besar tapi aku yakin kalau aku berjaya tangkap toyol ni, aku akan ajar dia cukup - cukup. Oh ya, lupa nak bagi tahu, rupa toyol yang aku jumpa ni tak sama dengan gambaran orang tua dulu - dulu. Toyol yang aku jumpa ni bukan berwarna hijau tapi coklat. Selain mempunyai rambut, toyol ini juga tidak mempunyai mata yang merah. Tapi macam mana aku tahu yang aku jumpa ini adalah toyol?? Masih ada persamaan antara makhluk yang aku jumpa ni dengan gambaran toyol orang dulu - dulu iaitu perutnya buncit, jalan terkedek - kedek dan terer mencuri.



Toyol yang aku jumpa ni badannya besar dan tidak lincah untuk berlari. Pengalaman pertama aku bersama toyol ni ketika duit rumah ( duit yang dikumpul dari ahli rumah sewa untuk bayaran bil ) telah hilang. Cekap juga toyol tu sebab aku dah simpan duit tu dalam rak, dapat juga dia jumpa. Tapi aku sabar je. Tiada sebarang jerat mahupun tangkapan yang aku buat terhadap toyol tu. Sebelum kejadian tu berlaku, aku dah pernah ternampak toyol tersebut masuk bilik aku. Dia jalan pelan - pelan je, masa tu aku tersedar dari tidur tapi aku buat- buat tidur. Aku nampak dia selongkar habis seluruh rak aku, dari tingkat atas rak sampaikan ke bawah sekali. Masa tu aku diamkan je sebab aku anggap toyol tu sekadar nak cari kacang hijau.

Pengalaman yang paling teruk apabila toyol tersebut curi handphone aku!! Main kasar ko toyol.. Aku nak call family aku susah la nanti. Habis la aku lost contact dengan member² aku. Paling penting gambar² kenangan aku dalam handphone tu. Masa tu aku dah geram.. Aku nampak je toyol tu depan aku, aku rasa nak terajang je..!! Tapi aku perlukan bukti, nanti kalau aku terus terajang je toyol tu, mesti penjaga dia marah aku. Lagipun makhluk halus ni kena lawan dengan cara halus. Aku terus pinjam handphone kawan aku, aku call ustaz untuk tanya bagaimana aku nak tangkap toyol ni. Ustaz tu cakap die boleh tolong, die mintak nama aku dengan nama mak aku kemudian dia suruh aku call dalam masa 5 minit. Dia nak buat ape, korang jangan tanya sebab aku memang tak tahu.

Selepas 5 minit, aku call balik ustaz tu. Dia cakap toyol tu memang ada dalam rumah aku. Dia ajar aku beberapa ayat dalam al - Quran untuk memerangkap toyol tersebut. Aku tidak terburu - buru untuk menyiksa toyol tersebut, tetapi aku minta dia pulangkan semua barang - barang yang dia ambil dari rumah aku. Dalam beberapa jam, tanpa aku dan ahli - ahli rumah yang lain sedar, toyol tersebut telah masuk ke dalam bilik aku dan memulangkan barang yang dia ambil. Tetapi apa yang dia pulangkan hanya duit rumah aku yang dicuri dulu. Handphone aku dia tak mahu pulangkan. Aku betul - betul marah dan bercadang untuk mengusir toyol tersebut dari rumah aku.. Tetapi aku ambil keputusan untuk tidak menghalau toyol tersebut dan memberi dia masa untuk pulangkan handphone aku. Aku hanya "memagar" kawasan bilik aku agar toyol itu tidak dapat mencuri lagi. Adakah toyol tersebut akan memulangkan handphone aku?? Sama - samalah kita nantikan..

: - cerita ini merupakan kisah benar, tapi aku dah ubah sikit..

Selanjutnya...

Nov 17, 2010

Salam Aidiladha

0 comments




Aku takde idea nak update blog ni, sekadar nak ucapkan Salam Aidiladha kepada semua. Tidak lupa juga aku nak ingatkan kepada semua, biarlah bau anda seperti kambing, biarlah pemikiran anda seperti lembu, tapi janganlah anda turut terkorban seperti mereka di Aidiladha ini. Berhati - hati di jalan raya.

Selanjutnya...

 

Sudut Aku Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template